𝟔 ‘𝐥𝐢𝐟𝐞𝐡𝐚𝐜𝐤’ 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐦𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐜𝐮𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 ‘𝐣𝐞𝐦’ 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

.
𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 perkara yang sinonim dengan pemanduan semasa musim perayaan atau cuti sekolah? Kesesakan jalan raya (traffic jam) dan kadar kemalangan yang lebih tinggi, bukan?
.
Ini kerana terdapatnya pertambahan jumlah kenderaan dimana ramai yang mempunyai agenda bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.
.
Masalahnya, kebanyakan kesesakan atau ‘jem’ dan kemalangan itu tidak sepatutnya berlaku jika pemandu-pemandu kita lebih berdisiplin dan menggunakan akal semasa memandu. Bukan menggunakan otak semata-mata.
.
Jadi kali ini kami ingin kongsikan enam (6) ‘lifehack’ memandu yang boleh diamalkan bagi mengurangkan risiko berlakunya dua masalah di atas.
.
Harus diingat, ‘lifehack’ ini bukanlah terlalu pelik dan baru, sebaliknya benda biasa yang kita semua sudah tahu dan pelajari. Cuma kami akan terangkan lebih mendalam kenapa amalan ini akan mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan.
.
𝟭. 𝗝𝗮𝗴𝗮 𝗷𝗮𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻
.
Macam biasa dengar, bukan? Sebelum anda menguap kerana mengantuk, mari kami terangkan. Anda rasa anda hebat kerana berjaya ‘cucuk’ kereta di depan dengan agresif?
.
Sebenarnya amalan ‘cucuk’ rapat ini bukanlah yang paling cerdik untuk diamalkan. Jika ditanya pelumba profesional pun, mereka tidak mengekori dengan rapat semasa di jalan raya.
.
Ini kerana dengan ‘cucuk’ rapat, anda akan cenderung brek mengejut serta berulang kali, dan ini akan mencetuskan kesan domino untuk aliran trafik terutamanya di lebuh raya.
.
Pernah anda terhenti di lorong paling kanan di lebuh raya empat lorong? Dan bila bergerak tengok-tengok tiada apa yang berlaku? Ya, ini ialah kesan dari ‘malaun’ selang 15 kereta di depan yang cucuk rapat acah hebat.
.
𝟮. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂 𝘀𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗱𝗶 𝗹𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵
.
“Eh kenapa tak boleh pandu santai? Awak nak laju-laju pergi mana?” Bang, boleh nak pandu santai, tak ada siapa nak marah, tapi di lorong kiri, ya? Bukan lorong tengah.
.
Contoh kalau lebuh raya ada tiga lorong, sepatutnya ada TIGA kelajuan berbeza. Tetapi bila anda pandu santai di lorong tengah, sama laju dengan lorong kiri, maka hanya ada dua kelajuan berbeza di lebuh raya itu. Ini punca kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.
.
Apa guna bina lebuh raya tiga lorong kalau operasinya sama macam dua lorong, bukan?
.
Lebih teruk lagi kalau lebuh raya empat lorong, tetapi tiga lorong dengan kelajuan sama, hanya lorong kanan sahaja yang laju sedikit. Puncanya? Geng pandu santai di lorong tengah. Tahniah.
.
𝟯. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝘂 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗸𝗶𝗿𝗶
.
Ini lanjutan dari ‘lifehack’ tadi, jika kita rasa nak pandu perlahan, chill sahaja, tekan signal kiri, dan beralih ke lorong kiri.
.
“Lorong kiri bukan untuk bas dan lori je ke?”
.
Kenderaan berat dilarang berada di lorong paling kanan, tapi kita yang pandu kereta penumpang biasa ni tiada masalah pun untuk berada di lorong kiri. Polis takkan saman punya.
.
Jika rasa nak pandu santai, nak sembang rancak dengan penumpang, nak suruh orang rumah suapkan keropok, inilah lorongnya. Bukan di lorong tengah.
.
𝟰. 𝗣𝗲𝗰𝘂𝘁 𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 𝘀𝘂𝘀𝘂𝗿 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗹𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮
.
Ini satu ‘lifehack’ penting juga. Tahukah anda lorong susur masuk lebuh raya ini paling kurang dimanfaatkan? Ramai betul yang terburu-buru nak terus ke lorong paling kanan tapi masih dalam kelajuan merangkak, dan menyebabkan kereta di laluan utama terpaksa membrek untuk dia.
.
Masalah besar dalam kalangan pemandu negara ini. Akibatnya, kesan domino lagi.
Anda boleh lihat contoh di lebuh raya utama di waktu puncak atau permulaan cuti. Trafik sesak berdekatan susur masuk, kemudian lancar semula. Kereta dari lorong susur masuk berebut-rebut untuk ke kanan padahal lorong masih panjang. Ada hadiah siapa yang sampai lorong kanan dahulu?
.
Sepatutnya pecut, signal ke kanan, dan masuk dengan kelajuan sama. Bukannya signal, masuk ala kadar, dan pecut. Penat la nak ajar satu-satu…
.
𝟱. 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗸𝗲 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻
.
‘Lifehack’ ini sebenarnya salah satu teknik pemanduan defensif. Gunakan apa yang boleh untuk kita lihat jauh ke depan.
.
Mungkin kita boleh lihat ke depan melalui cermin kereta hadapan, atau jaga jarak kita. Bila kita terlalu rapat dengan kereta hadapan, lebih sukar untuk kita lihat apa yang berada di depannya.
.
Sebagai contoh, kita boleh bersedia untuk memperlahankan kenderaan sebelum kereta di hadapan menekan breknya. Ini penting untuk kelancaran aliran trafik.
.
Bayangkan jika semua pemandu menjaga jarak, pandang jauh ke depan, tiada brek mengejut, pasti aliran trafik lancar walaupun banyak kereta.
.
𝟲. 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗳𝗶𝗸
.
Akhir sekali, kunci kepada pemanduan lancar ialah pandu dengan kelajuan sesuai dengan aliran trafik. Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
.
Terlalu laju dalam trafik sesak, pemandu lain akan fikir anda sedang dirasuk, dan percayalah mereka semua sedang memaki anda. Kalau kecemasan tu lain cerita.
.
Tetapi pandu terlalu perlahan juga bahaya, kerana kereta lain terpaksa banyak bertukar lorong untuk ‘mengelak’ anda. Ibarat seketul batu yang bergolek dalam air longkang yang sedang mengalir deras.
.
Jangan berada dalam dunia sendiri, pandu ikut suka hati, “asalkan tak lebih had laju” katanya. Ikut aliran trafik, peka dengan keadaan sekeliling.
.
Amacam enam ‘lifehack’ pemanduan yang kami kongsikan ini? Kalau anda kurang yakin, tak apa. Tarik nafas dalam-dalam, dan renungkan semula semasa memandu di musim cuti nanti. Dan cuba perhatikan punca-punca kesesakan yang berlaku.
Selamat memandu!
#PAA #PAASharing #PAAInfo #TipsMemandu #SelamatBercuti #JagaDiri #ElakKemalangan

Jan 09,2024